BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 22, 2011

"Kreativiti Jepun"

Kalau la aku jadi menteri.. nak gak aku buat mcm ni.. baru la cantik sawah tu.. baru la jd tarikan pelancong.. kenapa kita x tpikiaq mcm ni???













AWESOMEEE~!!!

Wednesday, March 9, 2011

"Jail di Australia"

Jail Austaralia

Kalau macam ni punya jail.. suma org syok masuk.. relax ja.. dah macam university dah.. haha.. gila punya smart.. wohooo~! jom buat jahat kt Australia.. haha.. ;p



















"Hukum Bersanding"




Hukum Bersanding

Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.

Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka". (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Wallahu 'Alam.

"Solowheel"

Ni diaa.. sapa yang malas nak jalan dah.. boleh beli ni.. hehe~!

Syarikat Inventist mengeluarkan unicycle kuasa padat self-balancing. Kenderaan baru ini bernama Solowheel. Beratnya hanya 20 kilogram dan sangat mudah alih, terdiri dari satu roda dengan platform kaki ganda-up di kedua-dua sisinya. unicycle ini mencapai kelajuan tertinggi 12mph.












Tuesday, March 8, 2011

"Rumah MR BEAN"



Haa.. kalau hangpa nak tau.. ni la umah MR BEAN.. atau nama sbenaq dia ROWAN ATKINSON.. hangpa jgn wat main.. blakon bodo pun kaya sgt kot.. hehe~!










"Mark Zuckerberg dgn girlprend"

Ni dia.. Bukan rupa yg dpandang.. tapi hati yg setia.. hee~ rilex ja gilprend owner Facebook nih.. Muka asia tuhh~!

Such is the homely bride from the richest man on the planet.


Подруга Марка ЦУКЕРБЕРГА создателя Facebook (5 фото)

Подруга Марка ЦУКЕРБЕРГА создателя Facebook (5 фото)



Подруга Марка ЦУКЕРБЕРГА создателя Facebook (5 фото)



Подруга Марка ЦУКЕРБЕРГА создателя Facebook (5 фото)



Подруга Марка ЦУКЕРБЕРГА создателя Facebook (5 фото)

"Dicabul Pegawai"

Zaman la ni macam2.. Orang tak bayaq saman marah.. dah nk p bayaq jadi mcm ni plak.. haii.. Pompuan2 di luaq sana.. BERINGAT~!

Dicabul pegawai



KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita meminta bantuan pegawainya untuk menyelesaikan saman trafik membawa padah, apabila dia dicabul lelaki miang itu dengan dipeluk, diraba dan dicium di sebuah pusat beli- belah di ibu negara, akhir bulan lalu.

Mangsa bekerja sebagai setiausaha di sebuah jabatan penguatkuasaan di Putrajaya, bertemu pegawai berkenaan sebelum dibawa ke balai polis bagi menyelesaikan saman trafik milik kenalannya, ekoran balai polis sesak pegawai itu mengajaknya ke sebuah pusat beli-belah sementara menunggu keadaan lengang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari 28 Februari lalu, mangsa mulanya enggan mengikut ajakan pegawai terbabit kerana masih dalam waktu bekerja tetapi lelaki itu berkeras mengikutnya.

Menurut sumber, mangsa menemani pegawai itu bersiar-siar sambil membeli-belah dan selepas beberapa ketika lelaki terbabit bertindak ‘miang’ cuba memeluk dan meraba mangsa.

“Mangsa cuba mengelak namun pegawai itu bertindak lebih berani memeluk sambil mencium pipi kanannya. “Wanita malang itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kerana berasa tidak selesa dengan tindakan kurang ajar pegawai atasannya itu,” katanya.

Sumber berkata, pegawai terbabit yang bimbang kelakuan sumbangnya didedahkan meminta mangsa menarik semula laporan dengan menggugut memberitahu mangsa yang menggodanya terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mengesahkan mengenai kes berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan.

-BERNAMA-

Style-style biznez card zaman la ni~!