BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

"Stress N Down"

Tiba-tiba terasa nk menaip n luahkan apa yg rasa.. rasa sunyi sangat.. dari semalam lagi.. walaupun ada intenet.. ada astro.. tapi still rasa sunyi n bosan.. maybe sbb aku kt umah ni hanya btiga.. Aku, Ibu n Ayah.. Bangun pagi bkk laptop.. bkk fb.. ibu wat keja dia la.. ayah p keja.. bkk fb pun dah taktau nk watpa.. tgk astro pun suma cita ulang2.. suma rasa bosan.. tgh hari ayah balik.. makan bertiga.. sunyi ja.. pastu baca paper.. nk kuar pun tak tau nk p mana.. geng pun takdak.. abih sgt p cc latep main ps ngn dia.. dulu takpala leh lepak sedia.. la ni dia pun dah ada family.. dah nk jd ayah pun.. congrats latip.. ptg ja ngadap benda yg sama gak.. laptop n tv.. kalau ada bola dgn hkc baru best skit.. tu pun seminggu sekali ja.. kalau dak.. dok ja la kt umah.. nk msg or kol2 taktaw nk msg n kol sapa.. suma ada keja masing2.. haih cepatla dpt keja supaya ilang suma beban nih.. hmm.. bila dah mlm makan btiga lagi.. kdg2 kluar btiga g mkn kt luar.. kdg2 abg yg 1st n family dtg.. meriah la juga sbb ada anak2 buah tuh.. tp diorg pun bkn leh dtg slalu.. kdg2 penat dgn keja.. taktaw la sampai bila nk mcm ni.. bosan.. khamis ni ada cikgu mudin ajak p perak teman dia drive.. so ada gak xtvt.. pastu weekend dpn maybe p kltn plak.. ok skit la kot.. tp weekdays mcm ni la.. bila dh bosan n sunyi ni.. mula la pikir mcm2.. pikir bukan2.. haih.. terasa down n stress.. rasa mcm nk g cuti ja mana2.. dok tepi pantai.. ilangkan stress.. tapi duit plak takdak.. keja tak lagi.. macam mana nak saving utk future.. org lain suma dah keja dah.. ada life yg hepy.. da ada keta.. da ada rumah.. dah kawin.. malah ada yg dah ada anak.. aku??? hmm..

Monday, October 26, 2009

"Interview"


Setelah berhari hari aku tak apdet blog nih... tiba2 saat ini aku terasa mcm nk tekan2 keyboard nih.. so aku pun try2 la.. dah abih satu ayat.. ;p ni pun kes fali tegur dah bosan dgn cita ketam.. yela2 nanti aku cita pasal haiwan lain plak.. huhu.. Sebenaqnya takdak la idea sgt nk tulih ni.. tapi memandangkan ramai permintaan dr peminat2 supaya blog ni di apdet.. hahaha.. so saya akan penuhi kehendak kalian.. ;p erm.. takdak apa pun yg best life aku 2 3 ari b4 nih.. xtvt ari2 bgn, ngadap lappy ni, tgk tb, mkn.. tu ja.. kdg2 p lepak kt cc latip.. ari ahad baru2 ni ja ada intibiu Dewan Perniagaan Melayu Kedah(DPMK) sbg executive perhubungan.. nk pakai sorang ja.. yg p intibiu tuh ada la dalam 10 org.. huhu.. kebtulan ada sorang membe aku kena jugak.. intibiu pukui 10.. so pagi tu sampai dlm kui 9 camtu.. kami pun p la minum2 dulu.. sembang2 pa pekena roti cnai dgn teh tarik.. dkt2 kui 10 naik la bgnn tuh.. tgk yg lain dh dok tunggu dah.. dah reg suma.. tunggu la.. seb bek la ikut turutan nama.. awai jugak la aku.. :D thanks mak ayah bg nama best.. hehe.. so bila dah panggil aku pun masukla..

Tkejut gak tgk ada 4 org panel.. telan ayaq liuq tak lepaih time tuh.. huhu.. pas bg salam pa dudukla.. sbb kan aku ni byk pengalaman intibiu so aku mcm besa.. mmg dok tau dah.. mula2 dia suh crita pasal diri.. haha.. kita pun crita la.. pompang2.. pastu mula sesi soal jawab.. part ni yg nebes skit.. huhu.. tak byk sangat soklan.. dia byk crita pasai skop keja then tanya bleh dak wat suma tuh.. agak byk la.. skop keja dia.. nk kena handle dgn jabatan2 kerajaan.. negeri, district n byk lagi la.. pastu dgn negara2 luaq mcm indon thailand n china kot.. dia pun test la english aku.. ni yg aku lemah nih.. huhu.. tanya pasai one msian.. aku pun crita ja la.. tah btui ka dak grammar.. :P tak lama pun la.. sat ja.. so setel la intibiu tuh.. so skrang nih apa lagi.. next step.. mcm besa.. tunggu ja n jawab soklan2 membe2.. huhu.. takpa jawapan mmg da ada.. abih ja intibiu.. org pun tanya la.. "mcm mana intibiu? ok?" hee.. taktau nk jawab pa.. huhu.. tp yg tau ok.. tunggu je la.. ni la yg biasa aku jawab.. :P sory noh kawan2.. hehehe.. so abih ja intibiu aritu.. aku pun menjalankan xtvt aku yg biasa.. bgn.. ngadap laptop.. tgk tb.. mkn.. huhu.. ntahla sampai bila.. uhuk2.. tawakkal ja la.. so saya nk pesan kt sini.. sapa2 yg taw ada mana keja kosong please! bagitau.. :P erm.. dah pjg rasa menaip nih.. nnti kalau ada benda best lagi ceq crita lagi noh.. :D utk pembaca luar dr utara.. yg tak paham perkataan2 yg telah di gunakan bleh tanya di shout box ataupun comment.. hehe.. nanti saya akan tolong jelaskan.. hehe..

so kat sini aku nk share skit 5 things absolutely kita must know.. aku amik kt tenet ni.. (interview mistakes) yg mana dah ada keja tu kot2 nanti dpt keja lagi bagus ke kan.. kena intibiu.. hehe..

  1. First Impressions are essential. Are you dressed appropriately? Is your hairstyle appropriate, your fingernails clean and trimmed? Yes, it sounds like this is just a little too much, but you have to understand that anything at all can eliminate you from being considered for employment. Eliminate as many of the possible problem areas as you can so that the employer focuses on what you bring to the table in terms of qualifications.
  2. Arriving on time is a must. Actually, you can arrive at the location ten to fifteen minutes before the scheduled interview, but walk in the door a minute or two before the interview is supposed to start. Never arrive late. If something comes up, such as a traffic accident, call the company as soon as possible to make them aware of the situation.
  3. Professionalism is highly valued. Are you chewing gum, smoking or tapping your pen on your portfolio? Everything you do will be judged in some form or fashion by the interviewer. Omit anything that might exclude you from further consideration as a potential job candidate.
  4. Speaking clearly and concisely is wise. Remember the phrase, "Never use two words when one word will do." Address each person you meet as "Mr." or "Ms." and articulate your words using proper grammar. Avoid slang and jargon.

  5. Knowledge of the organization is critical. If you have not taken the time to research the company, it will become very obvious in the interview. Find out, at the very least, some key information about the place where you want to make a living. What products do they make or what services do they provide? Who are their major competitors? Does the company have a mission and do your goals line up with theirs? These but a few of the questions that you need to have answers to before you walk into the interview.

Wednesday, October 21, 2009

"Ketam Cina Ketam Melayu"


Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain
biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar
yang lain macam mana mau keluar.

Morals of the story:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok ja dan belajaq macam mana
boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja cara supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju.

Monday, October 19, 2009

"Bila Aku sudah Bosan"


Bila aku sudah bosan,
Tiada teman tiada kawan,
Teman bicara mahupun berjalan,
Duduk termenung terasa beban

Bila aku sudah bosan,
Terasa macam-macam nak makan,
Tapi terfikir pula kesihatan badan,
Hanya dapat melihat cawan dan pinggan

Bila aku sudah bosan,
Hidup jadi tak keruan,
Mula la fikir yang bukan-bukan,
Macam-macam benda yang mengganggu fikiran

Bila aku sudah bosan,
Tiada lagi yg dapat meneman,
Berseorangan tak berteman,
Terasa seperti di akhir kehidupan

Bila aku sudah bosan,
Berbalik la aku kepada tuhan,
Dunia dan akhirat menjadi peneman,
Agar hidup ini sentiasa beriman.

....BADRULHILMI SULAIMAN...


Thursday, October 15, 2009

"INSYAALLAH"


"InsyaAllah... Dengan Izin Allah.."

Situasi 1

Majid : Man, ari ahad ni aku ada wat kenduri skit. Maila.
Man : InsyaAllah Majid

Situasi 2

Isteri : Abg, sat g balik singgah beli kopi sat. Abih dah ni. Abg gak nk minum.
Suami : Ha ok, InsyaAllah

Situasi 3

Ali : Abu, ish aku risau la. bleh ka aku buat nih.
Abu : InsyaAllah. Boleh aih.

Situasi 4

Kalsom : Siti, aku boleh ka kapel dgn dia nih. Orang tak kata pa2 ka. Dia suka ka kat aku.
Siti : Rilexla kalsom, InsyaAllah. Boleh aih. Hang pun comey pa.

INSYAAALAH! ramai org pakai perkataan nih. Ada org ckp bila kita kata InsyaAllah tu bermaksud 99% kita boleh. Tp semuanya terletak pada kuasa Allah Taala. Apa2 pun semuanya dgn keizinan dan keinginan Allah S.W.T. Kita boleh merancang apa yg kita mahukan. TAPI ingat! Allah yg tentukan segala-galanya atas kehendakNYA. Setiap org nak itu nak ini. Nak yg terbaik utk diri dia. Terbaik dalam segala urusan kita. Tp Allah lebih mengetahui. DIA telah tentukan segala-galanya. Ingatlah, setiap yg berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. Sudah menjadi kewajipan utk kita umat islam terima Qada' dan Qadar. Malah ianya termasuk dalam rukun iman. Aku ada terbaca sabda Rasulullah S.A.W "Hanya doa yg dapat mengubah Qada' dan Qadar dan hanya kebaikan yg dapat memanjangkan umur".

Jadi apa2pun berbaliklah kita kepadaNYA. Berdoalah kita kepada Allah yg ESA. Berdoalah agar diizinkan dalam menjalani segala urusan di dunia mahupun akhirat. ;) Allah yg memberi kita dugaan dan cabaran dan dari Allah juga kita berdoa memohon bantuan dan pertolongan. Gunakanlah InsyaALLAH. Kerna kita tak tahu dengan ketentuan Allah S.W.T. Mungkin kita bleh ckp "Boleh2, cakap ja apa saja suma aku bleh buat" mcm dlm cita "YES MAN!" lakonan Jim Carrey tuh. Tapi kita taktau. Mungkin lepas kita cakap tuh. Allah telah menjemput kita pulang. Jadi beringatlah "Esok pasti ada tapi esok belum pasti utk kita". Wallahualam.

Wednesday, October 14, 2009

Tengah dok borink2 nganga2 nih.. tiba2 tringat nk dengaq lagu yg dok dgq dulu2.. ni la lagu yg cek slalu dgq dulu2.. huhu.. tp sat g sedey plak.. tp best.. huhu.. takpala.. layan ja la.. letak kt bloq nih bleh dgq slalu.. :D


video

bila dah sedih2.. layan lagu nih plak.. hee.. :D

video

so.. hope hangpa suma pun layan dgn video n lagu nih.. ;)

Tuesday, October 13, 2009

3 Hari Di KL


Hari Pertama

Ahad petang aku sampai pudu. pastu aku jalan sampai pasar seni. aku naik putra p university. aku tipon pali :

aku: pali, hang kat mana? aku sampai dah
pali: aku kt midvalley. hang bleh mai sini dak?
aku: nak p mcm mana? nek pa?
pali: hang nek putra sampai kl sentral paihtu hang tukaq nek komuter mai midvallley

Aku pun kata ok la. tpi bila aku pikiaq balik ish mesti org ramai. huhu. pastu aku bru tringat membe aku ada sorang(pakdin namanya) dok kat kg kerinchi. so, aku amik kputusan bek aku p lepak ngn dia sat. aku pon inpom pali kata nk p lepak ngn membe aku. biaq dia jalan2 ngn awek dia. hee :D. aku pun tipon pakdin.

aku: pakdin, hang dok watpa? lena ka?
pakdin: ha, aku baru mangkit. awat?
aku: dak aih, aku nk p lepak ngn hang ni. hang free dak?
pakdin: erm.. aku keja mlm ni. ha bulihla. mai la.
aku: ok2 sat g aku sampai aku tipon. jumpa kt kedai mamak bawah tuh.

Maka aku pun sampailah kt umh pakdin nih. jumpa la kat kedai mamak tuh. sembang pompang2. sampai la abih maggi sup ngn teh ais. pakdin plak baik hati blanja aku. Alhamdulillah. murah rezeki hg pakdin. dkt2 kui 6 lebey aku pun balik. pakdin pun dia nak p keja lepaih maghrib. tapi aku nk p mana? paihtu pali suh aku tunggu aku kt stesen kerinchi. dia amik tang tu. aku pun p la tangtu. lepaih dia antaq awek dia pa. kami p cuci gambaq aku sat. sambil2 p pasar mlm kt vads tu. takdak pa yg mnarik pun. aku beli rojak buah pelam ja. so kami amik kputusan balik umh dulu la. satg2 la kluaq p mkn. Dah balik umah pa mandi2 smayang2 online sat tgk tv. pastu p mkn kt kedai bawah tuh. Alhamdulillah skali lagi. pali plak blanja aku. murah rezeki hang pali. pas mkn tgk tb balik online paihtu lena.

Hari Kedua

Dah bangkit mandi2 siap2 nk p intibiu. pastu pali kata kita p open house dulu. mkn free. aku ikut ja lagipun awai lagi. tempat tu dgn tempat aku intibiu pun tak jauh mana. :D pas mkn aku pun dhantar ke Wisma E&C. Aku pun masuk la. isi borang pa pastu dia panggil masuk bilik(intibiu) :P mcm besa, sembang pompang2 mcm dok mniaga plak. aku minta gaji tinggi dia dok tawaq2. :P pastu setel la. pali pun amik aku. paihtu membe aku(megad namanya) nk ajak aku lepak. paihtu aku pun kol dia.

aku: ha, hang dok mana? nk jumpa kat mana?
megad: aku bru kuaq umah ni. jumpa kt mohsin dmansara. aku tak mkn lagi
aku: hang tak keja ka?
megad: dak, aku off sampai khamih(keja pa aku pun taktau off sampai 4 ari)

Aku pun tanya la pali dia tau dak tang mana. pastu dia kata tau, dia pun antaq aku p mohsin tuh. aku pun order teh ias dgn roti teloq. tunggu punya tunggu maka sampai la membe aku sorang nih. mcm besa, sembang pompang2 pang pang. pasai yg aku p intibiu nih dia yg tolong antaq resume. so panjang skit. ALhamdulillah. megad plak blanja aku. baik btui hati membe2 aku ni. murah rezeki depa seuma. InsyaAllah. dah setel suma dia pun antaq aku balik umh pali kt flora dmansara. dah balik umah rilex2 pa. mlm pali ajak p mkn kt kedai mkn idaman dekat2 dgn the curve. dah boh nc grg ayam ngn teh ais. sembang2 ngn pali. pasai keja pasai budget pa. dkt2 kui 10 camtu aku ngn pali pun balik umh. dah balik umh mcm besa. online sat tgk tb paihtu online. sampai la lena.

Hari Ketiga

Hari ni aku janji ngn megad nk kuaq lepak2. tp aku tipon dia kt 10 kali tak angkat2. tidoq mampuih kot. dia kata ptg nk kuaq ngn aku pastu nk antaq aku p stesen bas jln duta. last2 plan tukaq. pali msg aku ajak p mkn lam kui 3 camtu. pastu aku pun p la mkn ngn dia then balik umh ni balik. so skarang aku dok ngadap laptop. taktau nak watpa. aku pun apa g. contiang la blog nih sbb aku rasa lama plak bila tak updated 2 hari. :P so mlm ni, maybe pali yg antaq aku p jln duta. megad? aku pun taktau dia p mana. :D hee

to be continue...

Lepaih aku post blog tiba2 megad msg tanya "hang dok mana? aku tolong membe aku pindah ofis td" aku pun habaq la kt umah membe aku la. pastu dia diam ja. so aku paham2 sendiri la sama ada dia bz atau pun dia malas nk layan. :D Ya la kadang2 kita ni tak sedar ataupun taktau yg kita ni dah wat org tu tak suka or tk selesa dgn kita. for me baik kita terus terang ja. contohnya kapel, kalau dah tak suka, tak cinta, tak sayang bgtau ja awal2 takyah la nak tunggu tu tunggu ni. wat org lagi sakit ati ja. Ada seseorang ckp kat aku "ni kira ok break skarang kalau lagi lama, tak lagi sakit?" hmm lepaih aku dengaq tu baru aku rasa. btoi jugak. ok sambung balik pasai td. so dah megad tak msg aku pun biaq ja la. then lepak la kt umah tu dgn pali. dok men fb. curi buah2 kt barn buddy. pastu aku habaq kt pali "pali, aku lapaq" pastu pali kata "hang p amik nugget dlm peti aih hg goreng la" aku pun apa lagi. p la goreng nugget tu sampai abih. :P haha. pali yg suruh. dah mkn pa kenyang2 aku pun dok men iphone pali. dia boh game baru. game mengail. aku pun layan la. kui 9 camtu kami pun kluaq. sambil2 p mkn sambil2 antaq aku p stesen jln duta. sampai kt jln duta dlm kui 10 lebey camtu aku pun truih la beli tiket baih mara liner. tgh dok lepak2 ngn pali tgk bas sany express mai. aku pun"tudia pali.. elok aih baih dia.. baru lagi" pali pun "uih elok noh.. paihni bleh naik baih sany express la.. website pun ada tu.. leh book online kot.." aku sambung lagi " ish pali aku nk tukaq tiket la.. :P silap dah beli mara liner td.." aku pun terus melepak kt situ dgn pali sampai pukui 11 lebey camtu. paih salam2 pa ngn pali. aku pun nganga la tangtu sampai baih mai. naik2 ja baih aku pun lena. pagi td kui 5.30 sampai aloq staq. so bila aku dah kt aloq staq. crita pasai 3 hari aku di KL pun tamat.

So aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat pali yg menyediakan tempat tinggal yg cukup selesa.. paihtu dok blanja aku sedia.. aku baru wak kluaq duit nk bayaq tgk2 dia bayaq dah.. dan tak lupa juga kepada suma membe2 yg lain.. :D


pali



Friday, October 9, 2009

Bila Hidup Sudah Borink!

Assalamualaikum semua...

Bila hidup sudah borink! haha.. mungkin hidup hangpa suma ada yg hepy ada yg bz or ada yg borink mcm aku.. huhu.. Bila hidup hangpa borink apa yg hangpa semua buat? Dulu! bila aku borink aku akan tidow takpun g jalan sorang2 ka msg2 or kol.. tp skarang aku dapat tambah satu lagi aktiviti bila aku borink. guess wut? apa lagi. benda yg aku tgh wat ni la. contiang(conteng) kat blog yg masih fresh nih. Bestfren aku kata (enzoland) jgn rajin awai dah la post blog2 nih. lepas ni dah senyap tak update. selalu org mcm tu. InsyaAllah aku akan cuba update blog nih even aku sorang ja bkk n baca blog aku nih. huhu. Awai2 nih rasa mcm nak update setiap jam ja. biasa la tuh lumrah manusia. bila dapat benda baru kira dok cewi(main2) dgn benda tuh ja la. bkn stakat benda even kalau org pun. bila muncul org baru dlm hidup atau dlm erti kata lain bercinta suma benda best. suma benda baik. tp bila dah lama suma tak kena. mcm org ckp, awai2 kentut suma wangi, bila dah lama kentut semua bau bangkai. cuba hangpa suma tgk, dpt barang baru cewi2. pastu dah lama dah tak jaga. tapi bila barang tu dah antik suma org cari balik. suma org sanggup tawar harga tinggi2. btui dak? hmmm.. now aku pelik, napa bila tiap2 kali aku post mesti aku crita benda yg lari dr tajuk. :P adeh.. Ok la, aku nk p siap2 nk p walk-in intibiu kat menara Aloq Staq.. Wish me luck k! huhu.. so utk tatapan semua.. aku up gambaq2 time aku balik kg semelih kambing kemarin.. :D




tgh2 aku dok upload pic nih.. tetiba aku dpt satu berita dr Berita Harian yg membuatkan kita semua utk beringat-ingat dan sentiasa mengingati Allah.. Nauzubillah.. klik hat kt bawah nih.. renung2kanlah..

Check this out!

Thursday, October 8, 2009

* Aku Hanya Insan Biasa *



Aku hanya insan biasa,
Yang tak pernah lari dari dosa,
Membuat aku terus berdoa,
Memohon ampun pada yg ESA

Aku hanya insan biasa,
Hidup di dunia yang sementara,
Menanti balasan di akhirat sana,
Perhitungan semula dosa dan pahala

Aku hanya insan biasa,
Mencari teman untuk bersama,
Cuma ingin menumpang gembira,
Untuk hidup yang lebih sempurna

Aku hanya insan biasa,
Yang tak punya apa-apa,
Indah rupa mahupun harta,
Hanya ingin mengisi kekosongan di jiwa

Aku Hanya Insan Biasa,
Berilah ruang untuk aku bersenda,
Agar sepi menjadi indah sentiasa,
Tidak lagi terus berduka lara

Aku Hanya Insan Biasa...
Yang pasti kembali padaNYA..

-BADRULHILMI SULAIMAN-

PENGHIBUR HATI YANG LUKA

1. Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

>============================================================================

2. Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong
yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk
mengka! ji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, "Bentuk macam taik."
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia
berkata, "Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... "MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"
>============================================================================

3. Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa
dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus atang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!Ayo....saya anyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali : ?????????????
>============================================================================

4. Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
>============================================================================

5. Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.


Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "
>============================================================================

6. Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian
bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terusmembawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:


"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

>============================================================================

7. Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!!??!!

---------------------------HAK CIPLAK TERPELIHARA----------------------------

DIRIKU HANYA SATU


Mak bapak aku bagi nama kat aku BADRULHILMI. Tapi aku taktau pasaipa ada org panggil aku Bradd Pitt. Tapi tu takpa, aku ok lagi. Ada jugak membe2 aku yg panggil aku Tom Cruise tu. Haih tapi nk wat mcm manakan tu kehendak mereka semua. Bapak aku kata aku lahir pada 18/08/1985 tapi aku tak caya sbb aku rasa aku lahir pada 31/02/1970 sbb aku igt lagi muka bidan yg sambut aku tu, muka dia sebijik mcm Angelina Jolie. Tok aku kata aku tinggal kat Aloq Staq, Kedah tapi aku tak caya sbb aku igt lagi time raya ritu aku balik New Zealand. Aku pun taktau apa lagi depa nak tipu aku. Ni 1st time aku wat blog and tokwan aku pun cakap yg aku ni mmg tak reti bab menulis2 nih. Tokwan aku kata hobi aku ni keja main bola, tido n makan ja. tak penah pun dia nampak aku menulis blog2 nih. So, tanpa memikir panjang memang aku tak pcaya langsung sbbnya time tokwan aku mana la ada blog2 nih lagi. Kalau dia tgk aku main computer pun aku main solitaire tak pun pinball. Bukan macam budak2 skarang nih. Bila petang ja pegi cc main game, tak pun chatting or main PS. Aku pun pelik, aku kecik2 dulu kalau petang ja mesti ilang. Nak cari aku cari kat padang bola tak pun kat bendang tgh mancing ikan. Mungkin sebab perubahan masa sama kot yg jd mcm ni. Ya la, mungkin mcm org ckp skarang nih Dunia dah maju, zaman dah berubah. So, sumanya dah modern. Aku dulu time abih SPM baru pakai handphone, tp skarang bdk2 tadika pun dah ada handphone. Dulu ada baju jenama canggih ja. tapi skarang mmg dah betul2 canggih. Anak buah aku ni lagi la. Exam dapat no 2 minta suh aku belikan handphone. dasyhat2. last2 aku beli ja handphone yg ada coklat kt dlm tu.Eh, ni cita pasal aku. napa plak ada masuk pasal anak buah aku nih. takpela, tanpa anak buah aku lagi sunyi dan sepila hidup aku ni. huhu.